wahai puteriku sayang,kau ibarat kuntuman penyeri sang suria pagi,kudupnya mekar meniti hari,mewangi bak haruman syurgawi,usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka,lantaran iman tatkala leka,taqwamau menjadi benteng diri,angkatlah martabatmu kepuncak tertinggi!!!!!
Khamis, 8 Julai 2010
sabar dan reda seorang ibu..
Pada zaman Rasulullah saw, terdapat seorang Yahudi yang memeluk agama islam. Berikutan keputusannya itu, dia telah dihalau dari kampung kerana dianggap memalukan sekalian kaum yahudi. Dia selalu membawa diri bersama-sama anak lelaki yang masih kecil ke kota Madinah. Rasulullah saw yang mendapat berita mengenai kedatangannya telah menawarkan kepada para sahabat untuk mengambil wanita itu sebagai keluarga angkat supaya dia dapat belajar mengenai islam dengan lebih baik. Suatu hari anak lelakinya bermain-main di halaman masjid bersama kawan-kawan barunya. Ketika sedang bermain, dia telah terjatuh dan meninggal dunia. Kerana anak itu tidak dikenali, maka orang ramai mengambil keputusan untuk menguruskan jenazahnya. Ketika jenazahnya siap di kafankan dan mahu disempurnakan, berita kematian si anak sampai ke pengetahuan ibunya. Terharu amat si ibu melihat anaknya yang sudah tidak bernyawa. Namun si ibu menguatkan hati, tidak rasa marah pada diri sendiri, jauh sekali marah menyalahkan Allah kerana kematian anak tersayang. Sebaliknya si ibu menunaikan solat sunat dua rakaat. Si ibu yang malang itu berdoa. “ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa ketika aku memeluk agama-Mu, kaumku mencercaku dan mereka menyumpah aku. Antara sumpahan mereka, kata mereka anakku akan mati kerana aku telah meninggalkan agama nenek moyangku. Oleh itu ya Allah, hidupkanlah anakku semula, agar hal ini tidak menjadi fitnah bagi agama-Mu.” Selesai berdoa, dengan izin Allah swt, tiba-tiba si anak terbersin dan hidup kembali.! Demikianlah betapa Allah mendengar doa hambanya yang ikhlas…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan