click to create your glitter text
أَذكار








Khamis, 8 Julai 2010

pedihnya azab jahanam...


Iman Bukhari meriwayatkan, “kebanyakan doa Nabi SAW adalah: “Ya Tuhan kami, berilah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serata lindungilah kami dari azab Neraa.” Abu Ya’la meriwayatkan, “Nabi SAW berkhutbah: “janganlah engkau melupakan dua kebesaran Syurga dan Neraka.” Kemudian baginda menangis hingga berurailah air matanya membasahi janggutnya. Lalu bersabda: “Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya, jika kamu tahu apa yang aku tahu dari urusan Akhirat, tentu kamu akan berjalan ke gunung dan memenuhi kepalamu dengan debu.” At-Thabrani, “Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri menyambutnya seraya berkata: “wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa.” Jibril berkata, “ aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip Neraka.” Nabi SAW bertanya, “wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang Neraka.” Jibril menjawab, “sesungguhnya Allah SWT memerintahkan Jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakannya seribu tahun lagi hingga merah. Dan memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi, sehingga menjadi berwarna hitam pekat. Demi Zat yang megutuskan sebagai nabi yang benar, kalau Jahanam itu di buka sebesar jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutuskan dengan kebenaran, jika saja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat teruk serta baunya busuk. Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli neraka, yang telah dijelaskan Allah dalam kitab-Nya itu diletakan di atas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi.” Kemudian Nabi SAW memandangi Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya, “wahai Jibril, mengapa engkau menangis kau telah mempunyai kedudukan di sisi Allah?” Jibril menjawab, “bagaimana aku tidak menangis? Justeru aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain. Aku tidak tahu, kalau-kalau diseksa sebagaimana seksaan Iblis. Bukankah Iblis itu sendiri juga dari malaikat? Aku tidak tahu. Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harun dan Marut.” Kemudian Nabu SAW menangis, sampai ada suara memanggil, “wahai Jibril dan wahai Muhammad, kamu telah diamanahkan. Tidak akan menderhakai-Nya.” Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar. Lalu baginda berjumpa dengan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Nabi SAW berkata, “adakah engkau tertawa sedang di belakangmu ada Neraka? Kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Tentunya kamu tak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar ke masjid, tertiarap kepada Allah.” Kemudian ada suara memanggil, “wahai Muhammad, janganlah engkau membenci hamba-Ku. Engkau hanya Ku-utus sebagai pemberi khabar gembira. Bukan untuk menyedihkan orang,” Rasulullah SAW lalu bersabda, “luruskanlah dan mendekatlah!” Diriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril: “Aku tak pernah melihat Malaikat Malik itu tertawa, “Jibril berkata: “Dia tak pernah tertawa sejak Neraka diciptakan.” Ibnu Majah dan Al-Hakim, “ sesungguhnya apimu (di dunia) ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian api Neraka. Itu pun kalau tidak di cuci dengan air dua kali takkan boleh berguna bagimu. Dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah SWT agar tidak di kembalikan ke Neraka.” Al-Baihaqi, “Umar ra membaca ayat: “setiap matang (terbakar) kulit mereka, Kami tukarkan denagn kulit yang lain.” Dia lalu berkata, “Wahai Kaab, cuba tafsirkan ayat ini! Jika kamu benar, kuterima. Jika kamu bohong, maka tidak kuterima.” Kaab berkata, “sesungguhnya kulit manusia dibakar dan ditukarkan dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali. Umar berkata, “kamu benar” Al-Baihaqi, “bahawa dalam menerangkan ayat tersebut, Hassan Al-Basri berkata, “Api itu memakan mereka setiap hari tujuh ribu kali. Manakala telah membakar mereka, dikatakan kepadanya, “kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.” Iman Muslim, ”Didatangkan seorang ahli Neraka yang di dunia hidup paling nikmat. Kemudian dia celupkan ke Neraka satu kali, lalu ditanyakan kepadanya, “Hai Manusia, apakah kamu melihat kebaikan dan apakah kamu pernah menjumpai kenikmatan?” dia berkata, “tidak, demi Allah, wahai Tuhanku.” Kemudian didatangkan pula seorang ahli syurga yang di dunianya paling papa. Dia dicelupkan ke syurga lalu ditanya, “wahai manusia, apakah kamu melihat kepedihan dan apakah kamu pernah menemukan kepedihan?” dia menjawab. “tidak, demi Allah, wahai Tuhanku. Aku tak pernah merasakan kepedihan sama sekali.” Ibnu Abas meriwayatkan, “tangis dikirimkan kepada ahli Neraka. Mereka menangis hingga kehilangan air mata. Kemudian mereka menangis darah. Sehingga keadaan muka mereka seperti jurang yang kalau dikirim ke situ akan boleh berjalan.” Abu Ya’la, “wahai sekalian manusia, menangislah! Jika kamu tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli Neraka itu menangis di Neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah air matanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata.” Penenang jiwa Iman Al Ghazali terjemahan kitab Mukhashafahal Qulub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan