click to create your glitter text
أَذكار








Selasa, 6 Julai 2010

teruntuk saudariku..(benda nie saya dapat dari seorang ukhti di fb)



Peringatan Buat Saudariku... (terkhusus diri saya pribadi)


Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai
taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga..
Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu.
Namun... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang.,
Lantaran duri yang memagari dirinya.



Seperti MAWAR...
Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilau an warnanya
yang memancar indah mengundang kekaguman
terhadap sang kumbang...
Tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumba
ng
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya...


Saudariku... Ku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi se tiap mujahidah.
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu
yang bertunjangkan rasa keimanan
dan keindahan taqwa kepada Allah...

Ingatlah bahawa ciri-ciri s
eorang wanita solehah ialah
ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terbuka...

Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup,
sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi
daripada yang dipamerkan,
wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah

harapan setiap insan yang bernama Adam..

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dih adapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI

Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya pa damu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu……..”
Namun... Dirinya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerena pribadi bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu Lebih-lebih lagi saat saudariku masih kecil Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada... Namun ingatlah saudariku... Siapa pun yang inginkan kebaikan Maka Allah akan memudahkan baginya jalannya, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah... Saudariku... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu Maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu Sesungguhnya Nabi telah mengatakan tentang bahaya dirimu
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fi

tnah yang berpunca daripada wanita"
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah bercermin kepada Al-Quran dan As-Sunnah, Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tangan mu...

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi..
Itulah fitrah setiap insani.
Namun banyak di antara kita yang kalah kerana cinta.
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,.
Kerana cinta manusia bisa menjual agama
Dan kerana cinta maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebagian besar kerana cinta..

Benarlah sabda Rasulullah S.A.W.

"Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membedakan perkara yang hak dan yang batil
apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak
kerana Allah S.W.T.

Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu,
Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik,
Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga
lalu mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh Allah...

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan
dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta
dan kasih pada Penciptamu...

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk
adalah cinta yang hakiki dan abadi
Kerena hati yang pecah dan retak
Apabila diberikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah retak dan terburai
Tapi apabila hatimu diserah kepada Allah
Sudah pasti ia akan bertaut kembali...

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu
yang mampu mempertajamkan akal
dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak
dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii

Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan kerana ia tidak kekal , Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri."



Wallahu'alam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan