wahai puteriku sayang,kau ibarat kuntuman penyeri sang suria pagi,kudupnya mekar meniti hari,mewangi bak haruman syurgawi,usah biarkan ayu wajahmu dipalit luka,lantaran iman tatkala leka,taqwamau menjadi benteng diri,angkatlah martabatmu kepuncak tertinggi!!!!!
Khamis, 8 Julai 2010
apple merah dan apple hijau
Assalamualaikum.... pic apple tu macam sedap je.. hehehe.. k tak mo cite pasal khasiat apple.. tp cite lain.... wanita = apple hehehe..pelik... try to read diz.... tersebutla kisah..... [ gaye syair.. hehehe ] Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang,itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir,kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus.Warnaku merah bersinar.Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya.Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku masih tidak dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini?Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga? Epal tersebut binggung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan,bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini?. Perasaan rendah diri mula bertandang.Makin lama makin menebal,diselangi rasa kecewa dan bimbang.Murungnya tidak tertanggung lagi.Lalu pada pagi yang damai dan indah itu,epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada di bawah,hatinya gembira bukan kepalang.Sedetik lagi aku akan dipilih oleh manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam tiada seorang pun datang mengambilnya.Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek,diciut-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.Siang berganti malam,hari berganti minggu.Kasihan,akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan seranga perosak. Wanita itu ibarat epal.Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia berguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak.Susah di petik dan susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu hancurlah maruahnya.Mereka sanggup menjatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain.Akhirnya tiada lagi wanita yang suci dan mulia di sekeliling kita ini… - END- so wanita dan sifat malu tu kene seiring... jangan tinggalkan di tengah jalan...hehehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan