click to create your glitter text
أَذكار








Khamis, 8 Julai 2010

aku wanita mujahidah sejati..


Aku Wanita Mujahidah Sejati.. Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad, Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku Bulat tekadku untuk menemanimu Aku Wanita mujahidah pilihan Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad Andai tak siap bisa kau pilih Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku terlebih keluh kesahku Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu Tak mungkin aku memilihmu Bila yang fana lebih kau cinta Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana Meniti jalan panjang di medan jihad Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan Keringat luka dan kesyahidan pun terulang Jika masih ada ragu tertancap dihatimu Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu Aku wanita dari bumi Jihad Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan Tepiskan semua mimpi yang tak bererti Adakah yang siap mendamaikan hati? Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan Yang melepaskanku dengan sepotong doa Meraih syahid adalah tujuan utama Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu Ku harapkan pertolongan dari Mu… Menemani perjalanan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan